::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #FDEEF4; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #B93B8F; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }

Thursday 17 May 2012

to capital N





Begitu Berat Melangkah
Melihat Kau Bersamanya
Adakah Aku Yang Salah
Atau Hanya Helah Saja

Ku Masih Mencintai Diri Kamu
Bila Kau Menjauh
Ku Rindu

Kau Bagaikan Udara
Yang Membantu Aku
Untuk Terus Hidup Di Atas Dunia
Tanpa Mu Ku Lemah
Pasti Aku Tak Berdaya
Kerna Kau Maha Karya Cinta

Biarpun Kau Tidak Mahu
Menerima Kasih Daku
Ku Kan Setia Bersama Mu
Sehingga Ke Akhir Waktu

Ku Masih Menyayangi Diri Kamu
Bila Kau Berlalu
Ku Rindu..

Kau Bagaikan Udara
Yang Membantu Aku Untuk Terus Hidup Diatas Dunia
Tanpa Mu Ku Lemah
Pasti Aku Tak Berdaya
Kerna Kau Maha Karya Cinta

Kau Takkan Dapat Aku Lupakan
Kerna Kaulah Punca Cinta Kita
Mengajar Aku Erti Bahagia
Kembalilah..

Terimalah Pesan Daku
Yang Akan Terus Menunggu

terima kasih awak, sebb dah baca!~

Sunday 13 May 2012

tentang dia ( capital M)

Awak ingat tak, saat yang lalu, Di muka buku org kata, cinta muka buku ta akan kemana , saya ta percaya, saya terus mencari seorang lelaki yg dapt menceriakn hari2 saya. dan akhirnya, saya terjumpa awk Awak baik, saya gembira setiap kali dapat bersembang dengan awak. Setiap hari, saya akan online, dengan harapan dapat bersembang dengan awak. Dan awak, tak pernah menghampakan? Awak sentiasa meluangkan masa untuk bersembang dengan saya. Rupa-rupanya, awak juga seronok bersembang dengan saya. Awak anggap saya gadis yang baik, dan saya terharu. thanks awak
Kadang kadang, bila saya patah semangat, Bila saya katakan pada awak, Saya tak pandai, saya tak faham, saya malas, Awak selalu yakinkan saya, Saya mampu untuk belajar Dan menjadi pelajar cemerlang. thanks awak Suatu hari, ketika kita sedang chat, Awak, tiba-tiba mengatur kata-kata cinta, Awak katakan, awak cinta pada saya. Kemudian, awak melamar saya. saya rasa sangt terkejut , kerana ta menyangka awak menyukai saya. Memang saya telah merasai kerasian antara kita, Malah, saya dapat rasakan terdapat aura antara kita. Tapi, saya tak percaya kerasian yang saya rasakan itu sebenarnya cinta. Maka, saya katakan pada awak, Saya masih terlalu muda untuk mengenali cinta, Saya tidak sedia lagi untuk bercinta. tpi,awk yakinkn saya untuk di sayangi saya terima awk, saya bahagia saat itu thanks awak Awak memang selalu memberi kejutan pada saya, Tapi saya tak sangka awak tegar melakukan ini kepada saya. Kenapa, setelah saya akui cinta saya, Awak abaikan saya? Awak biarkan saya sendirian, Menunggu khabar dari awak. lama saya tunggu dan awk hadir dgn pelbagai alasan mulanya saya terima dgn baik ttpi, bila hati makin nazak, cinta makin pudar, awak rasa saya akan terima dgn baik ke? thanks awak sampai satu detik , saya tersedar walau berjuta kali saya mengatakan saya cinta awak, andai kita tiada jodoh, cinta kita tidak akan menyatu. Saya mohon pada Tuhan Yang Esa, kasihanilah kita, bantulah kita, agar setiap urusan dipermudahkan, dan kita dapat bertemu dengan pasangan hidup kita. tapi, kalu bukn jodoh kita, kita ta akn bersama awk, mengertilh , saling sayang ta bererti akn bersama selamanya. Awak, saya mungkin tidak seperti wanita lain yang awak pernah kenal, tapi saya masih seorang wanita, saya inginkan perhatian daripada awak, walaupun cuma sesaat sahaja, tapi, bila awak tak menghiraukan saya, saya merasakan, cinta pada awak tiada bernilainya? kerana awak tidak mahu menghargainya. Awak? Cinta bukan kata, Rindu bukan madah. Mohon, Jangan pernah menyisihkan saya, awak, telah terbukti kasih kita tidak berpanjangan, cinta kita berepilogkan sebuah perpisahan, saya telah berlari jauh meninggalkan cinta awak, saya telah pergi dengan jiwa terluka, mengenangkan harapan yang telah tertimbus. Harap, awak akan maafkn saya thanks awak.. :)

terima kasih awak, sebb dah baca!~

Sunday 8 April 2012

kisah IBU bermata satu..

Isk.. isk.. isk.. Aku menangis, aku terkedu. Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman. Hamba-Mu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa. Hamba-Mu ini tak tahu menilai intan dan kaca. Hamba-Mu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego... Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada. Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal memberi kasih sayang dan menjaganya di usia tua.. Oh! Kejamnya hamba-Mu ini... Aku mengimbau.... "Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja." "Biarlah Man, lama-lama mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi." "Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man. Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!" Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya. Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu. Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu. Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan. Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya. Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung. Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu. Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa. Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota. Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia. Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato' dan mempunyai dua orang cahaya mata - seorang putera dan seorang puteri. Hati ibunya melonjak-lonjak ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu. Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota! Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota. Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya. Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia! Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut. "Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah" getus ibunya. Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya, "Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?" "Makcik nak jumpa dengan anak makcik" "Anak makcik? Siapa?" "Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik" "Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan" Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman. Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman. "Siapa kau wahai orang tua?" "Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung." "Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?" "Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!" "Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!" "Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa" "Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!" Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu... Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala. Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya. Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut. Tiba-tiba dia terdengar satu suara, "Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibumu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!" Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar. Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut-turut dengan mimpi yang sama. Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya. Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti! Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi. Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab. Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman. "Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?" "Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?" "Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?" herdik Fuad. "Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?" "Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru dua hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah" "Apa?" Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu! "Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri." Man mengambil surat tu dan membaca... Ke hadapan anak mak yang mak sayangi, Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira. Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak. Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir. Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan. Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini. Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat. Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar. Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia. Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman. "Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!"jerit Rizman. ***** Dari Abu Hurairah R.A: Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?" "Ibumu." Baginda S.A.W menjawab. "Kemudian siapa?", "Ibumu", "Kemudian setelahnya siapa?","Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, "Kemudian siapa?" "Ayahmu"jawab Baginda Rasulullah S.A.W. Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya! - Artikel iluvislam.com
terima kasih awak, sebb dah baca!~

Wednesday 4 April 2012

siapa suami ku di syurga nanti?

Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak pasti bermain di fikiran semua wanita beriman bukan? Pasti mereka ingin mengetahui siapakah suami mereka di sana. Ia akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah s.a.w, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah s.w.t. Wallahua’lam. Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia. Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu. Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga. Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga. Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga. Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga. Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu. Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga. Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain. Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani) Read more: http://www.infoserius.com/2012/03/siapa-suamimu-di-syurga-nanti.html#ixzz1r7KfoBIo
terima kasih awak, sebb dah baca!~

Friday 30 March 2012

sembilan untuk ku , Satu buat mu.

Wahai dikau pemilik persona yang mendamaikan, Maafkan aku kiranya nukilan ini membuatmu jauh hati padaku Aku tahu kamar hatimu terbuncang tulus kasih yang tak berbelah bahagi, Aku tahu kerana aku juga begitu. Aku tahu raudhahmu sarat kuntuman cinta yang harum mewangi, Aku tahu kerana aku juga begitu. Padamu selalu aku bisikan, dalam senda beralas, dalam gurau berbalas. Bukan aku tak bersedia menerimamu sepenuhnya, Bukan aku tak bersungguh denganmu seadanya. Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat. Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat Bagiku telah difitrahkan sembilan akal bak pahlawan, Dan satu nafsu yang tidak terlawan, Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan, Dan satu akal yang berpangkat bawahan Bukan ini diskriminasi ilahi Tapi itulah anugerah yang sangat berseni Terciptanya kamu dari serpihan penuh rahsia Yang mohon dituntun penuh waspada Barang kau ingat wahai puteri Sembilan akalku nakal tidak terperi Satu nafsuku itulah raja, akalku pula setia bekerjasama Sembilan akalku sedia berpadu, demi memenuhi nafsu yang satu Kutahu juga sembilan nafsumu bertakhta Satu akalmu sering kecundang kehilangan kuasa Itulah sebab benteng kubina, kerana sayangku padamu tidak terhingga Aku tidak mahu kasarnya sentuhan, mencalarkan kacamu yang kerapuhan, Kubimbang jika aku bukanlah jodohmu, kelak kau tersisa tidak bermutu Kupohon kau jagalah peribadimu, jangan terlalu mudah memberi sebelumnya waktu Biar sombong dikata duniawi, asalkan jadi cemburuan bidadari syurgawi Bukan aku tidak kasih padamu, bukan juga aku tak kisah padamu Tapi biarkan itu berlaku seiring waktu Sebagai bingkisan jodoh yang datang bertamu. Aku bukanlah Ustaz Wan Aqasha, dan kau juga bukan Ustazah Siti Norba'yah Tapi kuharap cinta kita semanis kurma, dan mahligai terbina penuh ceria Kuharap dikau bukan pilihan yang salah, Sebelum jodoh datang menjengah Bersamalah menimba ilmu yang payah, Agar saat istana bergoyah, Bahtera kita masih berarah. Ketika restu dan izin-Nya mencurah, Akan kupinangmu dengan Bismillah. credit~ I lUV Islam
terima kasih awak, sebb dah baca!~

Thursday 29 March 2012

kata kan BISMILLAHIRAHMANIRAHIM di setiap Langkah Permulaan Mu~

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
terima kasih awak, sebb dah baca!~

Thursday 22 March 2012

Coretan Untuk Bakal Isteri ku

nur nazira binti haji zainal


Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."



Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.




terima kasih awak, sebb dah baca!~