::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #FDEEF4; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #B93B8F; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }

Monday 2 January 2012

sifat perempuan yang lelaki rasakan menarik

LEMBUT HATI -  Lelaki lebih cenderung untuk jatuh cinta dengan seorang wanita yang lembut, berbanding dengan perempuan yang bersikap dingin aka kerek. Kebanyakan lelaki suka perempuan yang mempunyai sifat keibuan dan mengambil berat terhadap diri mereka.

BERSEDERHANA - Kebanyakan lelaki juga sering jatuh cinta dengan perempuan yang bersikap sederhana. Kesederhanaan dalam tingkah laku, berpakaian dan bercakap adalah apa yang lelaki cari untuk perhubungan jangka panjang. Meskipun lelaki sering mencari perempuan yang 'hot', namun rasa 'hot' tu tidak akan kekal lama . Ibarat kereta ferrari, semakin 'hot' seorang perempuan tu, semakin tinggi kos 'maintainance' nya.

FEMININ- Tidak dinafikan lagi lelaki suka perempuan yang mempunyai ciri feminin. Feminin disini bermaksud adakah seseorang perempuan itu mempunyai ciri penyayang, lemah lembut, mengambil berat dan berperibadi yang baik. Ini kerana bagi lelaki, perempuan bersikap feminin mampu melengkapi kekurangan pada diri mereka. Namun, jika seorang lelaki itu menyukai perempuan bersifat maskulin, kemungkinan besar lelaki itu mempunyai sifat feminin.

SUARA - Perempuan secara semulajadi dikurniakan suara yang difikirkan bagi lelaki amat menarik. Tidak kira sama ada suara perempuan itu serak basah, lembut, kuat atau pun bernada tinggi, pasti saja ada yang mampu membuat lelaki tertarik.

SENYUMAN - Jika anda ingin membuat seorang lelaki tergila-gilakan anda apatah lagi syok sendiri, anda berilah senyuman yang ikhlas pada dia. Sudah tentu dia akan mula melekat pada anda. Wajah perempuan yang tersenyum lebih mudah diingati berbanding wajah yang muram.
 
MATA - Selain senyuman, cara perempuan memandang lelaki juga mampu membuat lelaki tertarik. Masih ingat lagu 'Dari Kerana Mata'?  Dari mata, pergi ke otak, dari otak pergilah ke hati. Jadi, mulalah berlatih menghadap cermin memandang seperti pontianak.

RAMBUT - Kebanyakan lelaki mendapatkan tertarik dengan rambut agak panjang terutama mereka yang berambut panjang mencecah bahu kerana ianya kelihatan lebih feminin. Tapi sesetengah lelaki jugak suka perempuan yang berambut pendek. Nampak cute dan comei gitu....


BERKEYAKINAN - Akhir sekali, sesetengah lelaki suka perempuan yang berkeyakinan. Ia seolah-olah perempuan berkenaan mampu menyokong lelaki dan membantu lelaki dalam kehidupan mereka.


P/s: Manusia tidak diciptakan serupa, pasti ada kekurangan dan kelebihan tersendiri.
terima kasih awak, sebb dah baca!~

No comments:

Post a Comment