::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #FDEEF4; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #B93B8F; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }

Tuesday 10 January 2012

Sekuel “Awak, Saya Sedih“


******************************
Saya tak sangka, Im menjadi detik perkenalan kita. Dari hanya perkenalan di ruang sembang, kita makin rapat. Awak sudi dengar luahan saya, memberi dorongan kepada saya, setelah saya kehilangan si dia.

Awak, saya ingin sekali luahkan kepada awak, bahawa saya amat sayang kan awak, sebab saya takut, saya tak sempat katakannya nanti, tapi, lidah saya kelu, jari jemari ini tidak mampu menuliskannya.

Wajah awak sentiasa bermain di minda saya,   saya amat senang dengan awak. Awak jujur dalam bercerita, dan yang buat saya tambah senang dengan awak, saya dapat rasakan keikhlasan awak.
Tapi, itu cerita 3 bulan lalu. Selepas itu awak hilang begitu sahaja. Awak, kenapa awak buat saya macam ni? Saya dah rasa perasaan ini, dan awak tahu tentangnya, kenapa awak buat saya begini lagi?

Satu hari, saya dapat satu surat dari awak. Saya takut untuk membukanya. Saya terbayang kesedihan lalu ketika menerima surat dari si dia dulu. Tapi saya buka juga, dan berdoa bukan seperti itu yang bermain di minda.

“Salam, awak sihat? Maaf, kerna menghilangkan diri begitu sahaja. Awak, jaga diri baik-baik ya, saya tak dapat nak jadi kawan awak lagi, maaf”

Hanya tangisan yang menemani sepanjang malam. Saya takut, cukup takut, awak tahu kenapa? Saya takut jadi macam dulu, awak saya sayang awak.


Sebulan berlalu, awak, saya tak dapat padam awak dalam ingatan saya, tapi kini saya harus lupakan awak. Saya akan bernikah hari ini. Tapi saya berharap, awak datang dan awaklah pengantinnya.

Namun, itu hanya mimpi semata-mata. Saya tahu itu mustahil. Saya tahu, awak dah lupakan saya, tapi saya berharap dapat jumpa dengan awak. Awak, awak di mana sekarang?


Awak tahu, malam ini, merupakan saat pertama saya mengenali suami yang tak dikenali, dan saat itu juga, saya mengalirkan air mata.

“Awak, saya sebagai suami awak, akan mencintai awak sepenuh hati, akan menyayangi diri awak sepenuh jiwa, dan ketahuilah, awaklah wanita pertama yang saya cinta, dan kini kuasa tuhan menyatukan kita. Maaf kerna menghilang kan diri seketika wahai sayangku”

Ya Allah, betapa terharunya diri ini, saat ku ketahui bahawa suamiku adalah dirimu!



 hope awk dapat besama saia selamanya.. heee.






terima kasih awak, sebb dah baca!~

No comments:

Post a Comment