::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #FDEEF4; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #B93B8F; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }

Monday 2 January 2012

cinta ke suka. ?!~

Adakah tapak tanganmu berkeringat,
hatimu berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan
pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu
tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah
yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana
pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya
kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa
setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua
perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

TETAPI

Adakah kamu tetap bertahan kerana
campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak
terfahami … menarikmu mendekati dan
tetap bersamanya?ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna
itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain
tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika
dia bersedih?ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan
menyentuh jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?Yang demikian
itulah namanya
CINTA.

Adakah kamu rela berkorban kehilangannya
Untuk kebaikannya
walaupun kamu tidak boleh hidup tanpanya
ITULAH CINTA.

Kamu mengalirkan airmata kesyukuran
Melihat orang yang kau sayangi gembira
Sedangkan dikau berduka..
ITULAH CINTA

Walupun dia bukan milikmu
Kamu selalu mendoakan yang terbaik buatnya
ITULAH CINTA.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Benarkan kata orang cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

terima kasih awak, sebb dah baca!~

No comments:

Post a Comment